Khamenei akan dikebumikan di kota suci Mashhad
Anggaran Waktu Membaca:
TEHRAN: Pemimpin Agung Iran yang terbunuh dalam serangan udara Israel, Ayatollah Ali Khamenei akan dikebumikan di kota suci Mashhad, lapor agensi berita Fars pada Selasa (3 Mac).
Encik Khamenei, yang memimpin negara itu selama 36 tahun, terbunuh pada usia 86 tahun dalam siri serangan oleh Amerika Syarikat dan Israel pada Sabtu lalu (28 Feb).
Beliau berasal dari Mashhad, bandar kedua terbesar di Iran, tempat ayahnya dikebumikan di makam Imam Reza.
Sebelum majlis pengebumian berlangsung, satu “upacara perpisahan besar” akan diadakan di Tehran, menurut Pengawal Revolusi di akaun Telegram mereka.
Bagaimanapun, tiada tarikh pengebumian yang diumumkan.
Selepas kematian Khamenei, kuasa diserahkan kepada sebuah majlis sementara yang terdiri daripada tiga anggota sehingga Majlis Pakar memilih penggantinya.
Majlis itu merangkumi Presiden, Ketua Kehakiman dan seorang ahli Fiqh dari Majlis Penjaga, badan yang mengawasi perundangan dan menapis calon pilihan raya.
Fars, memetik seorang pegawai yang mengetahui proses tersebut, melaporkan bahawa “atas sebab keselamatan”, mesyuarat terakhir majlis itu mungkin ditangguhkan sehingga selepas pengebumian Khamenei.
Media Iran melaporkan bahawa bangunan yang menempatkan 88 anggota badan itu di kota suci Qom, selatan Tehran, terkena serangan Amerika Syarikat dan Israel pada Selasa.
Ibu pejabat utamanya di ibu kota Iran juga diserang sehari sebelumnya.

Sumber : Agensi berita/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.