Khairy Jamaludin jumpa Muhyiddin Yassin minggu depan, bincang tawaran sertai Bersatu
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memaklumkan akan bertemu dengan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhyiddin Yassin pada minggu depan.
Tanpa mendedahkan secara terperinci, Encik Khairy yang juga bekas ahli Parlimen Rembau berkata, pertemuan tersebut bagi memberikan keputusan muktamad beliau, dipercayai mengenai tawaran menyertai parti itu, lapor Astro Awani.
Mengenai pertemuannya dengan ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein baru-baru ini pula, Encik Khairy menegaskan perjumpaan tersebut tidak membincangkan sebarang komplot atau langkah-langkah tertentu.
"Saya dengan Hisham (Hishammuddin) dah lama (kenal) sebenarnya. Saya masuk politik melalui beliau. Waktu itu beliau sebagai Ketua Pemuda dan saya sebagai graduan muda dan beliaulah yang masukkan saya dalam UMNO."
"Jadi perjuangan saya dengan Hisham ini dan lama, apa pun 'next step' kita, bukan semestinya... macam Shahril pernah sebut: It's not necessary you're following me in the next step, it's not necessary, I will follow Hisham in our next step (Tidak semenstinya awak ikut saya dalam langkah seterusnya, tidak perlu, saya akan ikut Hisham dalam langkah seterusnya)."
"Memang tiada komplot atau langkah tertentu, atau sebagainya. Kita cuma tanya keadaan masing-masing. Untuk ketika ini, (saya tanya) tiada apa-apa perancangan untuk politik, dan saya telah maklumkan kepada Hisham, saya akan jumpa Tan Sri Muhyiddin minggu depan untuk beri jawapan muktamad. Biar saya simpan dulu...," katanya dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat (9 Jun).
Sebelum ini Encik Muhyiddin mengemukakan tawaran kepada Encik Khairy menjadi Ahli Pimpinan Tinggi Bersatu selepas mendapat persetujuan pimpinan parti yang lain, seperti dinukil laporan Astro Awani.
Encik Muhyiddin berkata, partinya mempunyai dua kekosongan jawatan berkenaan tanpa niat 'mengumpan' bekas Menteri Kesihatan Malaysia itu.
Encik Khairy dipecat daripada UMNO pada awal tahun ini.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.