Khairy Jamaluddin sebak, mengalir air mata dengar ucapan anak sempena Hari Bapa
Anggaran Waktu Membaca:
![Khairy Jamaluddin sebak, mengalir air mata dengar ucapan anak sempena Hari Bapa Khairy Jamaluddin sebak, mengalir air mata dengar ucapan anak sempena Hari Bapa](https://dam.mediacorp.sg/image/upload/s--RedaTpz8--/c_fill,g_auto,h_468,w_830/f_auto,q_auto/v1/mediacorp/berita/images/2023/06/19/khairy.png?itok=vb4cU8t1)
(Gambar: Berita Harian)
KUALA LUMPUR: Tiga penyampai Hot FM iaitu Khairy Jamaluddin (KJ), Johan dan AG gagal menahan sebak selepas mendengar rakaman ucapan daripada anak masing-masing sempena Hari Bapa yang diraikan pada Ahad (18 Jun), lapor BH Online.
Ucapan penuh bermakna itu dirakam Fara Fauzana yang juga penyampai radio popular Hot FM sebagai kejutan untuk tiga rakan gandingannya itu.
Menerusi rakaman disiarkan dalam segmen Bekpes Hot kendalian pagi tadi, naluri seorang bapa jelas kelihatan apabila KJ sebak dan akhirnya, mengalirkan air mata selepas mendengar ucapan penuh kasih sayang anak-anaknya hingga menjadi bahan usikan penyampai lain.
"We love you Papa, kita kan dah sambut father's day semalam. We love you much Papa," luah anak mantan Menteri Kesihatan itu.
Seorang lagi anak KJ berkata, "Knock, knock... who's there?"
"Huppy... Huppy who?
"Happy Father's Day, Papa... I love you," katanya.
Sebaik mendengar kiriman ucapan dua anaknya itu, KJ tidak dapat menahan air mata, sambil mengesatnya dan tersenyum.
AG dan Johan yang kebetulan meraikan ulang tahun kelahiran, minggu ini tersentuh dengan ucapan yang dilayangkan anak-anak mereka.
Selain ucapan selamat hari lahir yang jatuh pada hari ini, kelima-lima anak AG atau nama sebenarnya, Muhammad Azmir Selamat turut menyifatkan bapa mereka itu sebagai seorang adiwira.
"Selamat Hari Bapa, Daddy. Saya sangat menyayangi anda. Apapun yang berlaku, anda adalah 'superhero' saya.
"Selamat Hari Lahir," kata salah seorang anaknya.
Bagi anak-anak Johan, mereka meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang bapa yang bertanggungjawab dan terbaik buat mereka.
"Sodiq nak ucap terima kasih kerana selama ini menyokong Sodiq. Sodi nak doakan papa, murahkan rezeki papa.
"Terima kasih kerana menjadi seorang papa yang terbaik selama ini," ungkap Sodiq atau nama sebenarnya, Ahmad Sodiq Hanania.
Teruja dengan hadiah tidak disangka-sangka, ketiga-tiga penyampai radio berkenaan mengucapkan terima kasih kepada Fara atas kejutan cukup bemakna.

Sumber : Agensi berita/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.