Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Khairy Jamaluddin pertimbang tubuhkan parti baru

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Mantan Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin beliau sedang mempertimbangkan untuk menubuhkan parti politik baru, lapor Malaysiakini.

Encik Khairy yang dipecat daripada UMNO pada penghujung Januari berkata beliau pada mulanya tidak berminat untuk terus menubuhkan satu lagi parti politik, tetapi mula berfikir sebaliknya baru-baru ini.

"Saya sejak beberapa minggu ini sedang melihat kepada pilihan tersebut," katanya pada siri terbaru podcast Keluar Sekejap pada Isnin (5 Jun).

"Saya lihat jika kita dapat permulaan kedua dalam politik, kenapa tidak permulaan itu on our own terms (mengikut syarat kita sendiri),” tambahnya.

Kenyataan Khairy dibuat di tengah-tengah spekulasi berterusan sama ada bekas pemimpin UMNO itu akan menyertai salah satu parti politik utama yang ada sekarang.

Satu pihak yang secara terbuka cuba menarik penyertaannya ialah Bersatu, parti itu yang dipimpin mantan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
Encik Khairy mendakwa parti lain juga telah menghubunginya.

Mengulas lanjut, beliau berkata bahawa menyertai parti baru memerlukannya menyesuaikan diri dengan cara parti itu melakukan sesuatu, yang mungkin tidak sejajar dengannya.

Tambahnya, beliau terpaksa membuat pelarasan serupa apabila menyertai UMNO.

Bagaimanapun, Encik Khairy bersikap realistik tentang cabaran yang mungkin berlaku jika mahu menubuhkan partinya sendiri.

"Jika anda menubuhkan parti politik, anda boleh mengikut cara Pejuang - maaf saya kata - kehilangan wang deposit, diketawakan dan seumpamanya.

"Tetapi mungkin anda berasa lebih puas kerana anda melakukannya dengan syarat anda sendiri," katanya seperti dinukil laporan Malaysiakini itu.

Beliau kemudian memetik bagaimana Imran Khan dari Pakistan kalah dalam beberapa pilihan raya sebelum berjaya menjadi Perdana Menteri.

“Jadi kalau kita buat parti sendiri, kita kena bersedia untuk tidak memenangi beberapa pilihan raya, tetapi satu hari nanti siapa tahu,” katanya.
Sementara itu, hos bersama Khairy, Shahril Hamdan Suffian - yang digantung daripada UMNO selama enam tahun - berkata beliau tidak akan tergesa-gesa membuat sebarang pilihan politik.

Katanya, beliau tidak mempunyai keinginan untuk bertanding dalam enam pilihan raya negeri akan datang, dan mahu fokus kepada kehidupannya di luar politik buat masa ini.
Sumber : Agensi berita/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan