Skip to main content

Dunia

Khairy Jamaluddin peroleh ganti rugi RM2.5 juta bagi kes saman berhubung vaksin COVID-19

Mantan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memperoleh ganti rugi RM2.5 juta (S$740 ribu) selepas memenangi kes saman terhadap Mohd Rasyiq Mohd Alwi atau dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq berhubung vaksin COVID-19 yang dimuat naik di media sosial, tiga tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Khairy Jamaluddin peroleh ganti rugi RM2.5 juta bagi kes saman berhubung vaksin COVID-19

Encik Khairy Jamaluddin menghadiri kes saman fitnah di Mahkamah Tinggi pada 15 April 2024. (Gambar: Bernama)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 18 Apr 2025 01:40PM
KUALA LUMPUR: Mantan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memperoleh ganti rugi RM2.5 juta (S$740 ribu) selepas memenangi kes saman terhadap Mohd Rasyiq Mohd Alwi atau dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq berhubung vaksin COVID-19 yang dimuat naik di media sosial, tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan memutuskan demikian selepas membenarkan saman fitnah difailkan Encik Khairy, 49 tahun, yang juga merupakan mantan Ahli Parlimen Rembau selaku plaintif terhadap Mohd Rasyiq, 45, sebagai defendan.

Hakim itu turut memerintahkan defendan untuk membayar kos RM50,000 (S$14,900) kepada plaintif.

Pada 25 Januari 2022, Encik Khairy menyaman Mohd Rasyiq atas dakwaan memfitnahnya dengan membuat beberapa kenyataan fitnah termasuk menyiarkan tiga video dan gambar di Instagram ‘Ustaz Abu Syafiq’ pada 20 Okt 2023 serta pada 6 dan 10 Jan 2022.

Pihak plaintif mendakwa kenyataan fitnah itu memberi gambaran bahawa beliau berbohong kepada orang ramai tentang status vaksinasinya, termasuk mendakwa dirinya telah menerima vaksin COVID-19 dan dos ketiga, serta memalsukan maklumat berkenaan status vaksinasi itu.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita