Skip to main content

Dunia

Khairy Jamaluddin nasihat rakyat M'sia segera dapatkan suntikan dos penggalak

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menasihati individu yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak COVID-19 agar segera berbuat demikian susulan peningkatan jangkitan kes virus itu sejak kebelakangan ini.

Beliau turut menyarankan rakyat Malaysia yang belum menerima suntikan agar mendapatkan Paxlovid, ubat antiviral di kemudahan Kementerian Kesihatan sejak 15 April lepas bagi merawat pesakit COVID-19 dengan gejala ringan dan sederhana (kategori dua dan tiga).

"Dapatkan suntikan, jika anda belum berbuat demikian. Dapatkan Paxlovid, jika anda berisiko tinggi dan positif COVID-19,” kata beliau di akaun Twitter rasmi beliau pada Isnin (11 Jul).

Encik Khairy juga menggesa agar rakyat Malaysia memakai pelitup muka apabila berada di kawasan tertutup atau sesak selain mengamalkan kaedah TRIIS (uji, lapor, asingkan, maklumkan, dapatkan).

Dilaporkan bahawa tujuh juta rakyat Malaysia belum mendapatkan dos penggalak COVID-19 setakat ini.
Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata meskipun dos penggalak tidak diwajibkan, ia masih penting kerana bukan sahaja kes positif COVID-19 sudah kembali dengan trend menaik, tetapi dos itu juga akan membantu menghadapi varian baru virus terutama Omicron BA.5 yang lebih mudah berjangkit.

Encik Khairy berkata pemberian Paxlovid kepada pesakit di fasiliti kesihatan swasta adalah percuma namun pesakit masih perlu membayar caj perkhidmatan konsultasi dan caj lain yang berkaitan.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita