Skip to main content

Dunia

Khairy Jamaluddin: Najib perlu jawab isu barang rampasan RM1 bilion

Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin berkata bahawa mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak perlu menjawab kepada pihak berkuasa mengenai barangan mewah dengan nilainya boleh mencecah RM1.1 billion (S$ 0.37 bilion) yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan beliau.

Anggaran Waktu Membaca:
Khairy Jamaluddin: Najib perlu jawab isu barang rampasan RM1 bilion

Gambar fail Encik Khairy Jamaluddin. (Gambar: TODAY/The Malaysian Insider)

Diterbitkan : 27 Jun 2018 10:17PM Dikemas Kini : 27 Jun 2018 10:21PM

SETIU: Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin berkata bahawa mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak perlu menjawab kepada pihak berkuasa mengenai barangan mewah dengan nilainya boleh mencecah RM1.1 billion (S$ 0.37 bilion) yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan beliau.

Bagaimanapun menurut beliau kes itu masih dalam siasatan pihak berkuasa dan mana-mana pihak tidak boleh mendahului siasatan polis dengan mengeluarkan kenyataan berbaur kecaman dan kritikan.

“Kalau benar itu adalah harta dia (Najib) sampai satu billion, dia kena jawab. Tetapi kita tidak boleh dahului siasatan dengan buat kenyataan yang mengutuk sesiapa. Sebab yang kita tahu nilai duit itu, kita tak tahu macam mana, siapa punya dan sebagainya," katanya selepas majlis minum petang dan ramah mesra beliau dan anggota UMNO hari ini (27 Jun).

Encik Khairy berkata setelah kes itu dibawa ke mahkamah dan wujud pendakwaan serta penghakiman kelak, barulah UMNO boleh buat pendirian. 

Bagaimanapun, buat masa ini katanya, biarlah polis menyelesaikan siasatan mengikut proses undang-undang namun UMNO tidak akan melindungi sesiapa.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita