Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Khairy Jamaluddin layak jadi PM M'sia pada masa akan datang: Ismail Sabri

Anggaran Waktu Membaca:
KLUANG: Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob pada Rabu (9 Nov) menyifatkan Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin memang layak untuk diangkat menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang.

Penyandang kerusi Parlimen Bera itu berkata apa yang diperlukan oleh calon Parlimen Sungai Buloh itu ialah mendapatkan sokongan daripada parti dan Barisan Nasional (BN) serta menang pada Pilihan Raya Umum pada satu masa nanti.
"Ok, memang KJ (Khairy Jamaluddin) kata itu (hasrat jadi PM dan memimpin UMNO) bukan untuk sekarang (tetapi) untuk masa akan datang. Memang beliau layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan datang, kalau menang pilihan raya, dapat sokongan daripada parti, tentu sahaja KJ (Khairy Jamaluddin) salah seorang yang layak diangkat sebagai Perdana Menteri suatu masa nanti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan ketika ditemui selepas majlis ramah mesra Perdana Menteri bersama warga Parlimen Ayer Hitam di Kompleks Balai Orang Ramai, Taman Suria, Ayer Hitam, dekat Kluang pada Rabu.

Encik Ismail Sabri berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan penyandang kerusi Parlimen Rembau itu yang menyuarakan hasrat untuk memimpin UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti, dalam satu ceramah umum di Taman Saujana Utama, Sungai Buloh, pada Rabu.
Encik Khairy dipetik oleh media sebagai berkata sekiranya pengundi Sungai Buloh boleh mengundinya sekali gus memenangi kerusi parlimen itu, beliau bukan hanya akan membela nasib masyarakat di sana tetapi juga memimpin negara pada satu hari nanti.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan