Khairy Jamaluddin hadir acara UMNO di tengah spekulasi akan kembali ke parti
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Mantan menteri Malaysia, Khairy Jamaluddin, menghadiri satu acara UMNO di ibu pejabat parti itu pada Jumaat (7 Nov), di tengah-tengah desas-desus bahawa beliau mungkin bakal kembali menyertai parti politik yang memecatnya dua tahun lalu.
Mantan Menteri Kesihatan itu merupakan salah seorang anggota panel dalam forum bertajuk "Reformasi Sistem Pendidikan Pada Zaman Kecerdasan Buatan (AI) dan Pemerkasaan Institusi Guru" anjuran sayap Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Menurut agensi berita Free Malaysia Today (FMT), para hadirin teruja dengan kehadiran Encik Khairy, dengan sebahagian daripada mereka berdiri sambil beberapa kali melaungkan “Hidup Khairy!” dan bertepuk tangan setiap kali beliau berkongsi pandangan dalam sesi panel tersebut.
UMNO memecat bekas Ahli Parlimen Rembau tiga penggal itu pada Januari 2023 kerana melanggar disiplin parti, tetapi laporan terkini menggambarkan bahawa beliau dijangka kembali ke parti tersebut menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah pada 29 November ini.
"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Pemuda UMNO – pertama sekali kerana menganjurkan acara ini… dan kedua, kerana berani menjemput saya hari ini," katanya pada Jumaat.
Apabila ditanya kemudian sama ada beliau akan kembali menyertai UMNO dalam masa terdekat, Encik Khairy menjawab: "Apabila tiba masanya, saya akan maklumkan kepada media."
Ketua Pemuda UMNO, Muhamad Akmal, berkata beliau mengundang Encik Khairy dengan mengambil kira masa depan parti.
"Kami anjurkan program ini demi masa depan negara, dan kami berani undang KJ demi masa depan UMNO," katanya sebagaimana dilaporkan oleh FMT.
Encik Akmal turut menambah bahawa beliau tidak pasti sama ada perkara itu akan membawa kepada tindakan disiplin terhadap dirinya.
"Saya tidak tahu sama ada saya akan digantung atau tidak selepas ini. Kalau saya digantung, undanglah saya ke podcast Keluar Sekejap,” katanya, merujuk kepada platform podcast Encik Khairy yang dilanggani 397,000 pengikut.
Encik Akmal menambah bahawa Pemuda UMNO mengalu-alukan kepulangan mereka yang masih setia kepada parti.
"Saya selalu kata, tidak guna bermusuhan terlalu lama. Marilah kita bersatu dan rapatkan barisan … yang paling penting, UMNO boleh terus maju," katanya apabila ditanya mengenai kemungkinan Encik Khairy kembali semula ke dalam parti.
Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, berkata minggu ini bahawa parti masih belum berbincang mengenai kemungkinan Encik Khairy menyertai semula UMNO.
Ini selepas beberapa laporan mendakwa bahawa Encik Khairy telah mendapat “restu” daripada kepimpinan tertinggi UMNO, khususnya daripada Encik Ahmad Zahid sendiri selepas mereka berdua dilaporkan bertemu di satu majlis perkahwinan baru-baru ini.
Pada Januari 2023, Khairy dipecat daripada UMNO kerana secara terbuka mengkritik kepimpinan tertinggi parti semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 tahun sebelumnya.
Sejak itu, bekas Ketua Pemuda UMNO itu berulang kali menyatakan bahawa beliau tidak akan menyertai mana-mana parti lain atas dasar kesetiaan kepada UMNO.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.