Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Khairy Jamaluddin gesa jawatan tertinggi UMNO dipertandingkan agar demokrasi tidak terkubur

Anggaran Waktu Membaca:
Khairy Jamaluddin gesa jawatan tertinggi UMNO dipertandingkan agar demokrasi tidak terkubur

Mantan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. (Gambar fail: Bernama)

KUALA LUMPUR: Mantan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan bagi memastikan amalan demokrasi dalam parti tidak terkubur.

Jelasnya, pertandingan bagi merebut jawatan tertinggi dalam parti perlu dipertandingkan memandangkan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi adalah seorang pejuang yang tidak gentar menghadapi pencabar.

“Hentikan kegilaan ini. Saya rasa Presiden seorang fighter yang tidak gentar menghadapi pencabar."

"Buka ruang pertandingan. Jangan matikan demokrasi dalam UMNO,” jelasnya dalam hantaran yang dimuat naik ke Instagram pada Khamis (12 Jan), lapor Astro Awani.

Encik Khairy memuat naik kenyataan itu bersama gambar grafik berkaitan 126 Ketua UMNO Bahagian yang menyokong jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Dalam hantaran yang sama, beliau turut menimbulkan beberapa persoalan berkenaan hak perwakilan untuk memilih ketua mereka.

“Apakah UMNO ini milik Ketua-Ketua Bahagian ini sahaja? Apakah para perwakilan dan akar umbi tidak punya hak memilih ketua mereka?” soalnya dalam hantaran di Instagram tersebut, seperti dinukil Astro Awani.

Pada Rabu (11 Jan), media melaporkan seramai 140 Ketua Bahagian UMNO seluruh Malaysia menyatakan solidariti agar jawatan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan UMNO akan datang.
Mewakili kumpulan itu, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Dr Mohd Shafie Abdullah berkata ketua-ketua bahagian itu turut bersepakat jawatan timbalan presiden juga tidak dipertandingkan.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan