Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Khairy Jamaluddin fail saman fitnah terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, tuntut RM1 juta

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Md Yunos berhubung sidang media semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, Januari lalu.

Ia berhubung dakwaan bahawa parti itu mengimport perwakilan luar supaya tidak mengundi usul jawatan nombor satu dan dua, tidak dipertandingkan.

Encik Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ selaku plaintif, mengemukakan saman itu Rabu lalu melalui firma guaman, Tetuan Aizat Izuan Shakeel dengan menamakan Jamal selaku defendan.

Menurut laporan Sinar Harian, bekas Ahli Parlimen Rembau itu menuntut ganti rugi khas sebanyak RM1 juta (S$293,400) daripada Jamal.

Beliau yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, Menteri Sains dan Teknologi memohon perintah supaya defendan menerbitkan permohonan maaf di akaun media sosial Facebook ‘DS Jamal Yunos Official’, akaun TikTok ‘jamal_yunos’ dan akhbar utama bahasa Melayu, Inggeris dan Cina, dipetik daripada Sinar Harian.

Encik Khairy juga meminta defendan memadamkan kenyataan tersebut di akaun media sosialnya serta-merta dari tarikh penghakiman.

Dalam pernyataan tuntutannya, Khairy berkata, semasa PAU 2022 pada 14 Januari lalu, Jamal mengadakan sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur dengan dihadiri pengamal media, perwakilan UMNO, ahli dan pemimpin parti itu.

Plaintif mendakwa Jamal memuat naik rakaman sidang video itu bertajuk ‘Saya harap Khairy Jamaluddin dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO selepas mengeluarkan kenyataan yang semberono dan memalukan UMNO #UmnoDuluKiniDanSelamanya’ di akaun media sosialnya pada 14 dan 15 Januari, lapor Sinar Harian.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan