Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Khairy Jamaluddin bukan lagi ahli UMNO, bebas sertai mana-mana parti, kata Ahmad Zahid

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Mantan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, bebas untuk menyertai mana-mana parti, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Presiden UMNO itu, ini kerana Encik Khairy bukan lagi ahli UMNO.

“Itu hak dia (Khairy) lah... hak dia untuk ke mana pun. Dia bukan ahli UMNO,” kata Encik Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Bilangan 3 di ibu negara pada Khamis (18 Mei), lapor Astro Awani.

Media pada Rabu (17 Mei) melaporkan Muhyiddin Yassin mengakui ada menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu kepada Encik Khairy, jika beliau mahu menyertai parti itu.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, yang juga Presiden Bersatu, mendedahkan tawaran berkenaan dikemukakan kepada Encik Khairy selepas mantan Menteri Kesihatan berkenaan dipecat daripada UMNO pada Januari lalu.
 
Apabila ditanya sama ada UMNO akan membuat tawaran balas kepada mantan Pemuda UMNO itu, Encik Ahmad Zahid berkata UMNO tidak akan mendedahkan “strategi” parti Melayu tersebut.

“Saya tak kongsi strategi sebab kalau saya kongsikan strategi, ia tak lagi menjadi strategi,” tambah Encik Ahmad Zahid, dipetik daripada Astro Awani.

Pada 28 Januari lalu, UMNO mengesahkan memecat Encik Khairy bersama mantan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar.

Setiausaha Agung UMNO ketika itu, Ahmad Maslan, berkata mereka dipecat disebabkan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), lapor Astro Awani.

Encik Khairy, atau lebih dikenali sebagai KJ, pula beberapa kali mengulangi pendirian untuk tidak akan merayu keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang memecatnya.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan