Khairy Jamaluddin antara 65,000 penyokong bola sepak hadir di Stadium Bukit Jalil; rendah diri layan orang ramai mahu bergambar bersama
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Twitter @steventsh
BUKIT JALIL: Perlawanan antara pasukan bola sepak Malaysia dengan pasukan Singapura dalam Piala AFF Mitsubishi, yang bertempat di Stadium Bukit Jalil pada Selasa (3 Jan), meraih sorakan meriah penonton Malaysia berikutan kejayaan pasukan negara itu mara ke separuh akhir.
Pasukan Malaysia menang 4-1 ke atas pasukan Singapura di hadapan lebih 65,000 penonton di stadium itu.
Selain dari kehadiran penonton yang memenuhi stadium, kelibat mantan Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin, menarik perhatian ramai di mana beliau berada di tengah-tengah penonton dan bukannya bersama barisan orang kenamaan di kerusi VVIP, seperti dinukil daripada portal ohmymedia.
Menurut pengguna Twitter yang dikenali sebagai Steven Tranung, beliau menawarkan tempat duduk Encik Khairy yang hadir sewaktu babak pertama perlawanan.
Ketika masih mencari-cari tempat duduknya, penonton menawarkan beberapa tempat duduk kepada mantan menteri itu dan beliau dilihat begitu rendah diri melayani penonton yang mahu bergambar bersamanya.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.