Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Khairy ditawar tanding PRN Selangor; jadi Menteri Besar jika menang

Anggaran Waktu Membaca:
Khairy ditawar tanding PRN Selangor; jadi Menteri Besar jika menang

Mantan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. (Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 07 Feb 2023 11:21AM Dikemas Kini : 07 Feb 2023 11:22AM
KUALA LUMPUR: Encik Khairy Jamaluddin dilapor sedang mempertimbangkan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan ditawarkan menjadi menteri besar sekiranya menang, lapor The Star.

Laporan itu bagaimapun tidak menyebut mana-mana parti politik tertentu yang dikatakan memberikan tawaran itu.

"Terdapat perbincangan dengan beberapa pihak dan terdapat juga perbincangan mengenai peranan," kata Encik Khairy dalam pertemuan dengan Kelab Concorde - kumpulan tidak rasmi pengarang dan wartawan kanan yang diketuai oleh Wong Chun Wai.

Bagaimanapun, Encik Khairy masih belum memutuskan perkara itu. Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor perlu diadakan tahun ini.

"Sekiranya saya membuat keputusan untuk tidak bertanding pilihan raya negeri, maka saya akan mempunyai lebih banyak masa untuk memutuskan platform politik yang saya pilih sebagai babak seterusnya dalam perjalanan politik saya.

“Jika saya mahu menyertai PRN, saya perlu membuat keputusan dalam beberapa bulan akan datang ke arah mana saya akan pergi,” katanya.

Encik Khairy turut menyifatkan PRN akan datang sebagai "peluang baik" tetapi menjelaskan bahawa beliau belum memutuskan sama ada dia sudah bersedia untuk berdepan satu lagi pilihan raya.

Semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada tahun lalu, Encik Khairy tewas di Sungai Buloh.

Sebelum ini, beliau adalah Ahli Parlimen Rembau selama tiga penggal. Beliau juga pernah menjadi anggota kabinet di bawah tiga perdana menteri.

Encik Khairy dipecat daripada UMNO pada 28 Jan tanpa sebarang alasan rasmi. Difahamkan, beliau dipecat kerana mengkritik kepimpinan parti ketika kempen PRU15.

Sementara itu, Encik Khairy berkata beliau tidak berhasrat untuk menubuhkan parti baru kerana Malaysia ketika ini "agak tepu" dengan parti politik.

"Walaupun ia adalah satu pilihan, ia tidak mungkin," katanya.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan