Skip to main content

Dunia

Khairy cadang 2 jawatan baru naib presiden untuk perkasa UMNO

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pada Rabu (20 Jun) mencadangkan tambahan dua jawatan naib presiden bagi mewakili wanita dan Sabah sekiranya dipilih sebagai presiden pada pemilihan parti 30 Jun.

Anggaran Waktu Membaca:
Khairy cadang 2 jawatan baru naib presiden untuk perkasa UMNO

Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar. (Gambar fail: Tengku Bahar/AFP)

Diterbitkan : 21 Jun 2018 07:30AM Dikemas Kini : 21 Jun 2018 07:32AM

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pada Rabu (20 Jun) mencadangkan tambahan dua jawatan naib presiden bagi mewakili wanita dan Sabah sekiranya dipilih sebagai presiden pada pemilihan parti 30 Jun.

Anggota Parlimen Rembau itu berkata cadangan tersebut penting bagi menyuburkan amalan demokrasi di dalam parti berusia 72 tahun itu.

“Hari ini seperti ada ‘glass ceiling’ untuk wanita… akan ada Ketua Wanita (jawatan setaraf naib presiden) yang akan menjaga sayap, tetapi seorang lagi boleh bertanding sampai peringkat naib presiden,” katanya di sidang media di ibu pejabat UMNO pada Rabu.

Beliau berkata keperluan mewujudkan jawatan itu bertujuan mengiktiraf wanita sebagai pemimpin yang boleh berperanan di peringkat nasional selain membantu mencapai 30 peratus penglibatan golongan itu dalam kepimpinan utama parti.

Bagi jawatan naib presiden untuk Sabah, Khairy berkata ia bertujuan menjaga kedudukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di negeri itu, selain menghormati asas penubuhan Malaysia.

Buat masa ini terdapat tiga jawatan naib presiden dalam struktur UMNO.  

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita