Skip to main content

Dunia

Khairy bakal bertanding jawatan Presiden UMNO

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini (17 Jun) menawarkan diri bertanding bagi kerusi Presiden UMNO bagi penggal 2018/19.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Jun 2018 04:26PM Dikemas Kini : 18 Jun 2018 03:17PM

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini (17 Jun) menawarkan diri bertanding bagi kerusi Presiden UMNO bagi penggal 2018/19.

Menurut Astro Awani, Khairy memuat naik imej borang pencalonan beliau bertarikh hari ini (17 Jun) di laman instagram miliknya, sekaligus mengumumkan beliau bakal menghangatkan bahang pemilihan Majlis Tertinggi UMNO tersebut pada 30 Jun.

Ahli Parlimen Rembau berusia 42 tahun yang menjadi ahli UMNO sejak 17 Januari 2000 itu bakal mencabar tokoh veteran politik, Tengku Razaleigh Hamzah dan Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.

Seorang lagi pencabar yang belum dikenal pasti adalah ahli perniagaan dan blogger, Rahmat Azim Abdul Aziz.

Menurut Astro Awani lagi, petang ini (17 Jun) adalah hari terakhir untuk penyerahan borang pencalonan.

Sebelum ini, menyusuli kekalahan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14, Khairy berkata parti itu seolah-olah dalam "delusi".

"Tiada orarng ingin mengakui kami ada masalah. Itulah silap kami," kata beliau.  

Sumber : Bernama/Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita