Skip to main content

Dunia

Khairul Aming terkedu komen 'beratur mengundi seolah beli Sambal Nyet'; netizen terhibur

Anggaran Waktu Membaca:
MALAYSIA: Tidak kira dipelosok media sosial mana, rata-rata rakyat Malaysia berkongsi pengalaman berharga keluar mengundi. Mana tidaknya, lima tahun sekali lah katakan! Tidak kira orang ramai, selebriti dan pempengaruh masing-masing memuat naik pengalaman sendiri beserta jari masing-masing yang sudah dicelup dengan dakwat.

Tidak ketinggalan, usahawan dan cef selebriti media sosial, Khairul Aming juga berkongsi pengalaman sendiri yang turun mengundi pada Sabtu (19 Nov).

Dalam perkongsian yang dimuat naik di laman Twitter pada Sabtu (19 Nov), Khairul Aming yang terkenal dengan perniagaan Sambal Nyet sempat mengajak pengikut di media sosial miliknya untuk turun sama-sama mengundi, menurut Keluarga MY.

“Salam undi untuk Malaysia. Sampai pukul 6.00 petang ini boleh mengundi. Kalau kamu boleh mengundi, jom keluar hari ini. 20 minit dah boleh selesai,” tulisnya.

Perkongsian itu mendapat perhatian orang ramai, malah ada yang tidak sependapat dengannya dengan mengatakan mereka terpaksa beratur lama tidak seperti yang ditulis Khairul Aming yang memakan masa yang agak singkat.

Tidak cuma itu, ada seorang pengikutnya sempat berseloroh di ruangan komen seolah-olah melepaskan ‘dendam’ bertanyakan perasaan Khairul Aming beratur panjang untuk mengundi, seolah mewakili perasaan pelanggannya yang kerap kali harus ‘berebut’ untuk membeli sambal darinya di platform atas talian yang dalam beberapa saat sentiasa ‘habis dijual’!

Bagaimanapun, komen tersebut dibalas sendiri oleh Khairul Aming dengan membalas ‘Gif’ seakan-akan sedang terkedu, seperti dipetik Keluarga MY.

Komen mereka menjadi perhatian orang ramai yang turut terhibur dengan persoalan individu tersebut yang samakan beratur mengundi dengan situasi membeli sambal dari Khairul Aming tersebut.
Sumber : Sumber Web/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita