Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Khairuddin Aman digugurkan dari Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

Anggaran Waktu Membaca:

MARANG: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali digugurkan daripada menganggotai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Sesi 2021-2023.

Perkara itu disahkan oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Rusila hari ini (14 Jan).

“Itu (digugurkan) biasa dalam parti… tak terpilih dalam muktamar, diberhentikan, ditukarkan (jawatan) itu biasalah. Dalam parti, ada Lembaga Disiplin.

“Siapa yang tak ikut disiplin dia boleh dinasihatkan untuk ditukar jawatannya, bertugas lain, boleh digantung keahlian dan boleh dipecat, banyak alasan, itu tatacara dalam parti kita," katanya.

Difahamkan pengguguran Mohd Khairuddin itu dimuktamadkan dalam Mesyuarat AJK PAS Pusat yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.

Bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu gagal mempertahankan jawatan sebagai AJK PAS Pusat bagi Sesi 2021-2023 yang berlangsung pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-67 di Duyong Marina Resort, Kuala Nerus pada 7 Nov tahun lalu.

Bagaimanapun beliau dilantik semula sebagai AJK PAS Pusat bersama dua pemimpin lain iaitu Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan