KFC Indonesia tutup lebih banyak cawangan; kempen boikot Israel cetus kerugian besar
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: KFC Indonesia mempercepatkan penutupan cawangan dan pemberhentian kakitangannya untuk mengelak kerugian besar, sedang kempen untuk memboikot produk yang dikaitkan dengan Israel tidak menunjukkan tanda-tanda ia akan reda.
Fast Food Indonesia, yang mengendalikan rangkaian Amerika di negara Asia Tenggara itu, menyatakan pemulihan yang tidak sama rata akibat pandemik dan kemarahan pelanggan atas perang Israel di Gaza menjejas kewangannya.
Menurut kenyataan pada minggu lalu, syarikat tersebut mencatat kerugian 557.08 bilion rupiah (S$47 juta) pada suku ketiga tahun ini, menjunam 266.45 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Kerugian itu menyebabkan syarikat tersebut menutup 47 cawangan dan memberhentikan 2,274 pekerja sepanjang setahun lalu.
KFC pertama di Indonesia dibuka pada 1979 dan kini mempunyai 715 cawangan di seluruh negara.
Di Indonesia, beberapa jenama Barat, termasuk McDonald's dan Starbucks, turut mendapat tempias kemarahan pelanggan sejurus selepas konflik pada 7 Oktober bermula.
Jualan Starbucks Indonesia jatuh 21.2 peratus kepada 2.4 trilion rupiah (S$200 juta) pada sembilan bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Rangkaian kopi itu juga memberhentikan kira-kira 1,000 kakitangannya sejak September lalu, serta menangguhkan pembukaan cawangan baharu.
Bulan lalu, badan ulama Indonesia menggesa penduduknya untuk "tidak berhenti pergerakan memboikot kerana pembunuhan beramai-ramai belum berhenti".

Sumber : South China Morning Post/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.