Kewujudan orang tengah mungkin 'petunjuk terbaru' kes kematian lebih 70 kanak-kanak akibat ubat batuk India
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: iStock
NEW DELHI: Orang tengah yang tidak dinamakan di Mumbai, menyediakan bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan ubat batuk buatan India.
Ubat batuk itu dikaitkan dengan kematian lebih 70 kanak-kanak di Gambia, dedah peniaga bahan kimia yang terlibat
dalam rantaian bekalan ubat batuk tersebut kepada Reuters.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan, ubat batuk buatan pengilang India, Maiden Pharmaceuticals Ltd, mengandungi toksin maut etilena glikol dan dietilena glikol. Kedua-dua bahan itu digunakan dalam cecair brek kereta.
Bahan-bahan tersebut mungkin digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menggantikan propylene glycol, yang merupakan asas utama ubat-ubatan berbentuk sirap. Ini kerana kos bagi bahan-bahan tersebut kurang separuh daripada harga pasaran, seperti yang dilaporkan pada Mac lalu.
Sebahagian besar kanak-kanak yang maut akibat mengambil ubat batuk itu berusia bawah lima tahun dan meninggal dunia akibat kecederaan buah pinggang yang aku, dengan sesetengah daripada mereka meninggal dunia dalam masa beberapa hari setelah mengambil ubat tersebut.
Pengawal selia ubat-ubatan India memberitahu WHO pada Disember lalu bahawa propylene glycol yang digunakan dalam ubat tersebut dihasilkan oleh Goel Pharma Chem, sebuah syarikat farmasi yang berpangkalan di Delhi.
Berdasarkan salinan rekod, ia diimport dari pengilang, Korea Selatan, SKC Co Ltd.
Kementerian Kesihatan India bagaimanapun tidak memberikan respons kepada pertanyaan mengenai kehadiran orang tengah atau tentang mana-mana isu lain yang dibangkitkan.
Apabila diminta mengulas tentang dakwaan terdapat orang tengah dalam rantaian bekalan tersebut, ketua penyiasat WHO menyatakan bahawa siasatan yang dijalankan "menemui jalan buntu" disebabkan oleh kekurangan maklumat daripada pihak berkuasa dan pengeluar ubat-ubatan di India.

Sumber : Reuters/LL/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.