Ketua WHO yakin perjanjian pandemik dapat dicapai
Anggaran Waktu Membaca:
GENEVA: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Isnin (27 Mei) yakin bahawa negara-negara akan mencapai perjanjian berkaitan perjanjian pandemik satu hari nanti.
Demikian selepas ia gagal mencapai perjanjian minggu lalu, meskipun pegawai kesihatan memberi amaran ia akan mengambil beberapa tahun.
Para pegawai kesihatan meluahkan kekecewaan terhadap rundingan yang dielakkan dengan perbincangan yang panjang sehingga lepas tengah malam, perubahan pada saat-saat akhir dan kritikan daripada pihak berhaluan kanan yang berkata perjanjiaan tersebut akan menjejas kedaulatan sebuah negara.
Sekalipun demikian, WHO menolak dakwaan tersebut sekeras-kerasnya.
Menteri daripada 194 anggota negara WHO sedang berusaha untuk menyelesaikan rundingan yang sudah mengambil lebih dua tahun, terhadap peraturan baharu berkaitan tindakan terhadap pandemik, ketika Perhimpunan Kesihatan Sedunia dari 27 Mei hingga 1 Jun, berikutan COVID-19 yang meragut berjuta nyawa.
Perunding gagal menghasilkan draf perjanjian pada Jumaat (24 Mei) bagi kelulusan rasmi oleh perhimpunan tersebut pada minggu ini.
Seorang pegawai pentadbiran Amerika Syarikat berkata Washington kekal komited untuk meneruskan proses tersebut, namun ia menganggarkan rundingan akan mengambil masa satu atau dua tahun lagi.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.