Ketua WHO tiba di Syria, janji bantuan perubatan kepada mangsa gempa
Anggaran Waktu Membaca:

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus. (Gambar fail: Bernama)
AMMAN: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Sabtu (11 Feb) berkata pertubuhan itu akan menyediakan bekalan perubatan dan peralatan yang diperlukan kepada mangsa cedera dalam gempa bumi di utara Syria, lapor Petra.
“Kami membawa sekitar 35-37 tan bekalan perubatan dan kesihatan yang akan membolehkan pekerja kesihatan menyediakan perkhidmatan yang diperlukan kepada mangsa,” kata Encik Ghebreyesus dipetik Agensi Berita Syria (SANA) sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo.
Pesawat kedua membawa kira-kira 30 tan bekalan perubatan untuk pembedahan kecil akan tiba di Syria dalam tempoh dua hari.
Encik Ghebreyesus berkata beliau sedang berusaha mendapatkan sokongan yang lebih besar kepada sistem kesihatan di Syria melalui pelbagai platform untuk menangani kesan bencana itu.

Sumber : Bernama/SU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.