Ketua WHO tiba di bandar Aleppo Syria yang dilanda gempa
Anggaran Waktu Membaca:

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus (Gambar: Fabrice Coffrini/AFP)
ALEPPO: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus tiba di bandar dilanda gempa, Aleppo, di Syria pada Sabtu (11 Feb), lapor media tempatan negara itu.
Encik Tedros "tiba di lapangan terbang Aleppo untuk menziarahi beberapa hospital dan tempat perlindungan bersama menteri kesihatan dan gabenor Syria," lapor agensi berita rasmi, SANA.
Lawatannya dilakukan lima hari selepas gempa bumi dasyat 7.8 skala Richter di Turki dan Syria. Ia meragut nyawa lebih 24,000 mangsa termasuk sekurang-kurangnya 3,553 orang di Syria, yang dilanda perang.
Semasa ketibaannya, Encik Tedros berkata beliau mengiringi "bekalan perubatan kecemasan sebanyak 37 tan metrik".
"Kami gembira dapat ke sini bersama bekalan tersebut," katanya kepada wartawan di lapangan terbang Aleppo.
"Ini adalah bekalan pertama yang kami hantar."
Encik Tedros menambah bahawa WHO akan terus menyediakan khidmat perubatan kecemasan dan akan membawa lebih banyak bekalan kecemasan yang diperlukan bagi "pengurusan trauma".
"Esok, akan ada satu lagi penghantaran bekalan lebih 30 tan metrik," katanya.
Beliau meluahkan kebimbangan terhadap kesan gempa, terutama sekali gangguan kepada perkhidmatan.
"Masyarakat akan terdedah kepada penyakit cirit-birit... dan masalah kesihatan lain seperti masalah kesihatan mental," tambahnya.
"Kami akan bekerjasama untuk mengatasi kesan gempa ini, bukan sahaja khidmat kecemasan ketika gempa bumi."
Menteri Kesihatan Syria Hassan al-Ghabash menyambut ketibaan Encik Tedros, dan menyifatkan lawatannya sebagai "sangat penting dalam pelbagai aspek."
"Beliau akan melihat dahulu realiti di sini dan kesan bencana ini," katanya.
"Kami harap Dr. Tedros melihat realiti keadaan hospital-hospital dan kekurangannya," tambah Encik Hassan. Dia menyeru WHO supaya membantu menyediakan peralatan yang kurang dimiliki negara itu.
Sistem jagaan kesihatan Syria sudah dimusnahkan akibat peperangan bertahun-tahun.
WHO akan mengeluarkan "rayuan untuk Turki dan Syria bagi bantuan melebihi AS$40 juta (S$53 juta)," kata pengarah kecemasan WHO, Richard Brennan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.