Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ketua WHO selar masyarakat antarabangsa kerana abaikan banyak lagi krisis dunia selain Ukraine

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua WHO selar masyarakat antarabangsa kerana abaikan banyak lagi krisis dunia selain Ukraine

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus (Gambar: Fabrice Coffrini/AFP)

GENEVA: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus mengkritik masyarakat dunia atas apa yang disifatkannya sebagai tindakan berat sebelah dan tumpuan semata-mata kepada pencerobohan Ukraine.

Beliau mengingatkan terdapat banyak lagi darurat di dunia yang tidak menerima perhatian setimpal krisis di Ukraine.

"Tumpuan sepenuhnya kepada Ukraine adalah sangat penting, seperti yang sepatutnya, kerana ia menjejas seluruh dunia.

"Namun tidak sedikit pun perhatian diberikan kepada Tigray, Yaman, Afghanistan, Syria dan yang lain-lain. 

Tidak sedikit pun," ujar Encik Ghebreyesus. 

Beliau menegaskan konflik-konflik lain di luar Eropah juga perlu dikutuk dan diberi perhatian.

Pada masa yang sama, beliau mengkritik kegagalan media untuk merakam kekerasan di wilayah Tigray di Ethiopia.

Encik Ghebreyesus melahirkan harapan agar dunia memberi layanan saksama kepada semua golongan.

Umpamanya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) PBB menyifatkan krisis kemanusiaan Yaman sebagai yang paling teruk di dunia.

Bagi Afghanistan pula, PBB membuat rayuan dana terbesar demi penakatan 24 juta penduduk.

Sumber : Agensi berita/ZM/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan