Ketua WHO gesa dunia 'bangun' dan bantu Sudan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP)
PORT SUDAN: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, beliau terkejut dengan tindakan dunia yang tidak mencukupi untuk mencegah krisis di Sudan.
Demikian selepas Encik Tedros melawat sebuah hospital kanak-kanak yang merawat bayi kekurangan zat makanan di Port Sudan pada Sabtu (7 Sep).
Di sidang media pada Ahad (8 Sep), Encik Tedros menggesa dunia untuk "bangun" dan bantu negara yang dibelenggu perang itu, sedang ia berdepan pelbagai krisis.
Orang awam di Sudan berdepan malasah kekurangan yang semakin teruk, pemindahan besar-besaran dan penularan penyakit selepas 17 bulan berperang, dedah agensi bantuan.
Pengantara yang diketuai Amerika Syarikat pada bulan lalu menyatakan bahawa mereka berjaya memperoleh jaminan daripada kedua-dua pihak dalam rundingan di Switzerland, untuk memperbaiki akses bagi bantuan kemanusiaan.
Namun, tentera Sudan, yang tidak hadir dalam rundingan tersebut, menghalang sebarang kemajuan.
"Sudan sedang menderita akibat pelbagai krisis. Konflik yang berlaku lebih 500 hari, tahap pemindahan terbesar di dunia, kebuluran di beberapa kawasan serta risiko ia akan berlaku di tempat lain, 25.6 juta orang, lebih separuh penduduk Sudan, dijangka berdepan kekurangan makanan akut yang tinggi," kata Encik Tedros.
Ketua WHO itu menambah bahawa penduduk Sudan sedang mengalami masalah seperti banjir, empangan pecah, penularan penyakit, termasuk taun, malaria, denggi, campak, risiko Mpox, keganasan seksual berkaitan konflik dan sistem kesihatan negara yang hampir runtuh.
Prasarana Sudan sudah lama rosak sebelum bermulanya perang antara tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF), yang bermula pada April 2023.
Kedua-dua pihak menyalurkan sebahagian besar sumber mereka kepada konflik tersebut, yang menyebabkan prasarana negara itu diabaikan dan sistem jagaan kesihatannya dalam keadaan tidak terurus.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.