Ketua WHO berkata wabak Ebola menular lebih pantas dari respons
Petugas Palang Merah yang memakai peralatan pelindung diri (PPE) membasmi kuman rumah seorang lelaki yang tidak dikenali yang meninggal dunia akibat Ebola sebelum mengambil mayatnya, ketika agensi bantuan memperhebatkan usaha untuk membendung wabak Ebola baharu. (Gambar: Reuters)
Semasa berucap dalam mesyuarat online Kesatuan Afrika berhubung wabak itu, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata kelengahan mengesan kes Ebola bermakna pasukan penyelamat kini "perlu mengejar masa" dan wabak itu berkemungkinan menjadi lebih buruk sebelum ia menjadi bertambah baik.
Encik Tedros berkata beliau akan pergi ke Congo - di masa wabak itu paling pesat menular - pada Selasa (26 Mei) bersama seorang lagi pegawai kanan WHO yang bertanggungjawab menangani kecemasan kesihatan, Chikwe Ihekweazu.
Pada Isnin, negara jiran Uganda melaporkan dua lagi kes Ebola, menjadikan jumlah kes yang disahkan kepada tujuh, sementara Encik Tedros berkata negara lain yang bersempadan dengan Congo berisiko tinggi dan harus mengambil tindakan segera.
WHO mengisytiharkan wabak Ebola jenis Bundibugyo yang jarang berlaku sebagai darurat kesihatan awam yang membimbangkan di peringkat antarabangsa.
Encik Tedros berkata usaha membendung wabak yang pantas menular itu rumit disebabkan oleh fakta bahawa wilayah Ituri dan Kivu Utara di Congo sangat mudah terjejas dan tiada vaksin yang diluluskan untuk virus jenis Bundibugyo.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.