Skip to main content

Dunia

Ketua WHO beri amaran pandemik boleh berlaku sekali lagi

Pandemik lain lambat laun akan berlaku dan ia bukan sekadar "risiko teori" tetapi "kepastian epidemiologi", demikian amaran yang diberikan oleh Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Isnin (7 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua WHO beri amaran pandemik boleh berlaku sekali lagi

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus. (Gambar fail: REUTERS)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 09 Apr 2025 08:14AM Dikemas Kini : 09 Apr 2025 08:15AM
GENEVA: Pandemik lain lambat laun akan berlaku dan ia bukan sekadar "risiko teori" tetapi "kepastian epidemiologi", demikian amaran yang diberikan oleh Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Isnin (7 Apr).

Berucap di pembukaan Mesyuarat Ke-13 Badan Perundingan Antara Pemerintah mengenai Perjanjian Pandemik WHO yang disambung semula, beliau sekali lagi menekankan akibat buruk wabak COVID-19 di seluruh dunia.

Beliau turut memberi peringatan bahawa "pandemik seterusnya tidak akan menunggu sehingga keadaan tenang."

Encik Tedros menambah pandemik lain "boleh berlaku dalam masa 20 tahun atau lebih, atau ia boleh berlaku esok."

"Tetapi ia akan berlaku dan walau apa pun, kita harus bersedia," tegas Encik Tedros.

"Anda menyaksikan apa yang dilakukan oleh pandemik COVID-19. Secara rasmi 7 juta orang maut, tetapi kami menganggarkan jumlah sebenar ialah 20 juta orang. Di samping kos kemanusiaan, pandemik melenyapkan lebih AS$10 trilion (S$13.5 trilion) daripada ekonomi global," katanya.

Beliau melahirkan harapan agar persefahaman bersama dapat dicapai semasa perbincangan mengenai Perjanjian Pandemik WHO.

Beliau memberi jaminan yang "perjanjian ini sama sekali tidak akan melanggar kedaulatan mana-mana Negara Anggota. Malah, ia akan memperkukuh kedaulatan negara dan tindakan antarabangsa."

Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-77 yang diadakan di Geneva dari 27 Mei hingga 1 Jun 2024, bersetuju untuk memperkenalkan pindaan kepada Peraturan Kesihatan Antarabangsa dan meneruskan perbincangan mengenai perjanjian pandemik.

Menurut WHO, sehingga 23 Mac 2025, 777,684,506 jangkitan koronavirus direkodkan di seluruh dunia dengan 7,092,720 kematian.
Sumber : Bernama/HA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita