Ketua WHO beri amaran kemajuan tangani kebuluran di Gaza amat rapuh
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Ahad (21 Dis) memberi amaran bahawa kemajuan dalam menangani kebuluran di Gaza masih 'sangat rapuh'.
Anggaran Waktu Membaca:
- Kemajuan yang dialu-alukan ini kekal sangat rapuh memandangkan penduduk terus bergelut dengan kemusnahan infrastruktur berskala besar.
- Encik Tedros memaklumkan bahawa lebih 100,000 kanak-kanak serta 37,000 wanita hamil dan menyusukan bayi masih diunjurkan mengalami kekurangan zat makanan akut sehingga April 2026.
- Hanya 50 peratus kemudahan kesihatan di Gaza berfungsi secara separa dan berdepan kekurangan bekalan serta peralatan penting.
- Menurut laporan IPC terbaharu, buat masa ini tiada kawasan di Gaza yang diklasifikasikan sebagai menghadapi kebuluran susulan pelaksanaan gencatan senjata yang ditandatangani pada Oktober.
ISTANBUL: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Ahad (21 Dis) memberi amaran bahawa kemajuan dalam menangani kebuluran di Gaza masih 'sangat rapuh'.
Ini selepas Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) melaporkan bahawa ketika ini tiada kawasan di Gaza diklasifikasikan sebagai menghadapi kebuluran, lapor Anadolu Ajansi.
"Kemajuan yang dialu-alukan ini kekal sangat rapuh memandangkan penduduk terus bergelut dengan kemusnahan infrastruktur berskala besar.
"Sumber mata pencarian runtuh, pengeluaran makanan tempatan terjejas teruk selain operasi kemanusiaan disekat," tulis Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu catatan di platform X.
Encik Tedros memaklumkan bahawa lebih 100,000 kanak-kanak serta 37,000 wanita hamil dan menyusukan bayi masih diunjurkan mengalami kekurangan zat makanan akut sehingga April 2026.
Hanya 50 peratus kemudahan kesihatan di Gaza berfungsi secara separa dan berdepan kekurangan bekalan serta peralatan penting.
"Bagi meningkatkan perkhidmatan menyelamatkan nyawa dan meluaskan akses kepada rawatan, WHO menggesa kelulusan segera dan dipercepatkan bagi kemasukan bekalan perubatan penting, peralatan serta struktur hospital pasang siap," kata Encik Tedros.
Menurut laporan IPC terbaharu, buat masa ini tiada kawasan di Gaza yang diklasifikasikan sebagai menghadapi kebuluran susulan pelaksanaan gencatan senjata yang ditandatangani pada Oktober.
Walaupun perkembangan terbaharu di tengah-tengah gencatan senjata yang rapuh itu, termasuk cadangan pelan damai dan peningkatan kemasukan bekalan makanan, membantu dalam meredakan keadaan paling melampau, IPC memberi amaran bahawa prospek ke hadapan masih membimbangkan.

Sumber : Bernama/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.