Ketua UNRWA beri amaran ketegangan di Tebing Barat gugat huraian dua negara
Anggaran Waktu Membaca:
RAMALLAH: Ketua Pesuruhjaya Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini berkata bahawa Israel semakin memberikan tekanan politik bagi menghapuskan agensi itu.
Menurut Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA), kenyataan itu dibuat dalam sidang media pada Jumaat malam (13 Feb) di luar Persidangan Keselamatan Munich di Jerman.
Encik Lazzarini menjelaskan bahawa situasi di Carikan Gaza “kekal tragik”, dengan penduduk kehilangan hampir segala-galanya dan bergelut untuk terus hidup akibat serangan Israel di Carikan Gaza.
Beliau berkata kanak-kanak di Gaza tidak bersekolah selama lebih dua tahun, sambil menegaskan kepentingan UNRWA untuk terus menyediakan perkhidmatan kesihatan serta pendidikan rendah dan menengah.
Beliau turut menyatakan bahawa agensi itu berada di bawah tekanan yang amat besar dan Israel terus melanggar undang-undang antarabangsa.
“Israel terus memberikan tekanan politik untuk menghapuskan UNRWA, dan kami menyaksikan kemusnahan ibu pejabat kami di Baitulmakdis Timur yang diduduki.”
Encik Lazzarini berkata peneroka haram Israel yang merampas tanah Palestin turut meningkatkan keganasan serta rampasan tanah di Tebing Barat.
Beliau menegaskan keperluan untuk memberi perhatian kepada perkembangan di Tebing Barat sebelum terlambat dan sebelum ia menggugat masa depan huraian dua negara.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.