Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ketua Turus Presiden Biden dijangka letak jawatan

Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Ketua Turus Presiden Amerika Syarikat (AS) Ron Klain merancang untuk mengundurkan diri, lapor agensi media Jerman, dpa yang memetik media tempatan.

Encik Klain dijangka akan melepaskan jawatannya dalam masa beberapa minggu akan datang, lapor New York Times dan CNN pada Sabtu (21 Jan).

Setakat ini, tiada maklumat mengenai pengganti Encik Klain. Presiden Joe Biden melantik Encik Klain kira-kira dua tahun lalu semasa permulaan penggal beliau sebagai presiden.

Encik Klain dilaporkan berkemungkinan berundur selepas Encik Biden menyampaikan ucapan kepada seluruh negara pada 7 Februari nanti.

Encik Klain, 61 tahun, yang menjadi orang kepercayaan Presiden Biden dikatakan pernah menyuarakan hasrat untuk berundur sejak pilihan raya separuh penggal AS pada November.

Berita mengenai pengunduran Encik Klain itu timbul di tengah-tengah siasatan terhadap penemuan dokumen sulit yang mempunyai kaitan dengan Presiden Biden.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan