Skip to main content

Dunia

Ketua Suruhanjaya EU sambut baik jumlah rakyat Turki keluar mengundi

Anggaran Waktu Membaca:
BRUSSELS: Ketua Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) Ursula von der Leyen pada Isnin (15 Mei) menyambut baik peratusan tinggi yang keluar mengundi dalam pilihan raya umum dan presiden Turki.

"Jumlah besar yang keluar mengundi dalam pilihan raya itu merupakan berita yang sangat baik," kata Cik von der Leyen pada sidang media lapor Agensi Anadolu.

Beliau turut memuji rakyat Turki kerana keluar mengundi dan menunjukkan bahawa mereka "menghargai institusi demokrasi."

Ia juga jelas membuktikan rakyat Turki komited untuk melaksanakan hak demokrasi mereka, katanya.

Berjuta-juta pengundi keluar mengundi pada Ahad untuk memilih presiden negara itu dan 600 Ahli Parlimen.

Setakat 9.45 pagi waktu tempatan, Presiden Recep Tayyip Erdogan memperoleh 49.4 peratus undi manakala pencabarnya Kemal Kilicdaroglu yang mewakili parti pembangkang mendapat 44.96 peratus.

Dengan Presiden Erdogan dan pencabar utamanya, Encik Kilicdaroglu gagal meraih majoriti yang jelas dalam pilihan raya semalam, rakyat Turki perlu keluar mengundi sekali lagi pada 28 Mei ini untuk memilih Presiden baru.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita