Ketua SPRM sedia jumpa Menteri Pengangkutan berhubung aduan salah laku tidak diendah
Anggaran Waktu Membaca:

Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki. (Gambar fail: Bernama)
PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki akan berjumpa dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke bagi memberi penjelasan berhubung laporan salah laku kakitangan agensi di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) yang tidak diendahkan.
“Kita bersedia beri kerjasama selain telah menyediakan penjelasan terperinci berhubung isu berkenaan," kata Encik Azam yang akan membuat janji temu dalam masa terdekat bagi mengadakan pertemuan dengan Encik Loke.

Sebelum ini, Encik Azam dilaporkan berkata ada antara agensi kerajaan tidak mengendahkan laporan salah laku membabitkan kakitangan mereka walaupun SPRM telah mengesyorkan supaya tindakan diambil.
Laporan itu menyatakan sebanyak 553 laporan salah laku yang sebahagiannya dikemukakan 12 tahun lalu masih belum diambil tindakan oleh ketua jabatan dengan laporan tertinggi membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu sebanyak 125 laporan diikuti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Encik Azam yang ditemui media semasa Majlis Rumah Terbuka Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof di Sri Satria pada Khamis (11 Mei) berkata lebih 500 laporan itu adalah statistik aduan berkaitan salah laku yang dikeluarkan namun tidak diambil tindakan serius oleh kebanyakan jabatan.
Encik Loke sebelum ini dilaporkan berkata beliau akan berjumpa Encik Azam bagi mendapatkan penjelasan berhubung laporan tersebut serta menegaskan bahawa beliau memandang serius terhadap isu tersebut dan tidak akan berkompromi tentang salah laku sama ada di kementerian, jabatan atau agensi.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.