Skip to main content

Dunia

Ketua SPRM, pengerusi SPR akan turut disiasat

Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan kepimpinan atasan SPRM menyaksikan perubahaan jika didapati bahawa badan pencegah rasuah itu berlaku tidak adil.

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua SPRM, pengerusi SPR akan turut disiasat

Logo Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). (Gambar: Facebook/SPRM)

Diterbitkan : 11 May 2018 03:25PM Dikemas Kini : 11 May 2018 03:33PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan kepimpinan atasan SPRM menyaksikan perubahaan jika didapati bahawa badan pencegah rasuah itu berlaku tidak adil, lapor Malaysiakini.

"Kita akan kaji sama ada SPRM adil atau tidak. Jika kita dapati bahawa mereka berat sebelah selama ini dalam apa jua cara, termasuk terhadap diri kita sendiri, kita perlu menukar mereka.

"Seperti yang dijanjikan, semua ketua (agensi) utama yang baru akan disaring oleh parlimen," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini (11 Mei).

Malaysiakini melaporkan bahawa sebelum ini, Dr Mahathir mendakwa SPRM gagal bertindak terhadap amalan rasuah.

Sebagai contohnya, beliau berkata, ini berlaku semasa pilihan raya umum ke-14.

"Sepanjang pilihan raya, SPRM seolah-olah mengabaikan hakikat bahawa rasuah berlaku.

"Dalam dua hari terakhir, sebagai contoh, tidak ada ucapan yang dibuat, hanya wang yang diedarkan.

"Kami akan menyiasat semua perkara ini kerana kami mahu mematuhi undang-undang dan bukannya membalas dendam," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur itu.

PM Mahathir juga ditanya sama ada kerajaan akan meneliti semula kedudukan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

"Jika kita dapati dia terlibat dalam amalan rasuah, berat sebelah dan semua itu, kita terpaksa bertindak ke atasnya," kata beliau seperti dilaporkan Malaysiakini.

Sumber : Agensi berita/SU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita