Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ketua Polis Seoul disoal berhubung rempuhan Itaewon

Anggaran Waktu Membaca:

SEOUL: Ketua Polis Seoul dipanggil untuk disoal pada Jumaat (2 Dis) sebagai sebahagian siasatan mengenai tindak balas rempuhan di Itaewon yang meragut nyawa. 

Ketua Agensi Polis Metropolitan Seoul, Kim Kwang Ho, tiba di ibu pejabat pasukan siasatan khas di barat Seoul sebagai suspek, lapor agensi berita Yonhap. 

Encik Kim dikenakan tuduhan kecuaian profesional, menyebabkan kematian 158 individu, kebanyakannya berusia 20an tahun, pada 29 Oktober. 

Apabila ditanya mengenai tuduhan itu sebaik beliau tiba di bangunan berkenaan, Encik Kim hanya berkata, "Saya akan menjalani siasatan tanpa menyembunyikan atau menambah sebarang fakta." 

Beliau merupakan pegawai polis berpangkat paling tinggi untuk disoal selepas pasukan siasatan mengeluarkan waran untuk menahan empat pegawai kanan pada Khamis (1 Dis). 

Empat pegawai itu adalah Lee Im Jae, bekas ketua Stesen Polis Yongsan yang merangkumi kawasan Itaewon; Park Sung Min, bekas pegawai perisikan berpangkat tinggi; Kim Jin Ho, bekas pegawai perisikan di Stesen Polis Yongsan; dan Song Byung Joo, bekas pegawai pemantauan kecemasan di stesen polis yang sama.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan