Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ketua polis maut, 2 cedera dalam letupan di Afghanistan

Anggaran Waktu Membaca:
KABUL: Satu letupan di wilayah Badakhshan, utara Afghanistan mengorbankan ketua polis wilayah tersebut dan menyebabkan dua yang lain cedera, menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Abdul Nafi Takor pada Isnin (26 Dis).

"Insiden letupan di wilayah Badakhshan pagi tadi meragut nyawa Ketua Polis wilayah, Mawlawi Abdul Haq Abuomar dan mencederakan dua yang lain," kata Encik Takor kepada agensi berita Xinhua.

Menyusuli insiden berkenaan polis telah menahan empat orang yang disyaki terlibat dalam serangan itu.

Letupan itu adalah yang kedua di Afghanistan sejak Ahad (25 Dis).

Satu letupan menggegarkan Polis Daerah 6 Kabul pada Ahad namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan