Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ketua polis Kolkata dipecat susuli tunjuk perasaan berkait kes rogol, bunuh

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua polis Kolkata dipecat susuli tunjuk perasaan berkait kes rogol, bunuh

(Gambar: AFP/Dibyangshu SARKAR)

KOLKATA: Pihak berkuasa India memecat ketua polis dan pegawai tertinggi Kementerian Kesihatan bandar tersebut, selepas tunjuk perasaan dijalankan berkait kes rogol kejam dan pembunuhan seorang doktor.
Meskipun tunjuk perasaan dan mogok merata India sudah reda, ia berterusan di Kolkata, ibu kota wilayah Bengal Barat.

Ketua Menteri Bengal Barat Mamata Banerjee mengumumkan pelucutan pesuruhjaya polis Kolkata dan dua pegawai jabatan kesihatan, susuli mesyuarat bersama medik pada Isnin (17 Sep).

"Kami sudah bersetuju untuk melucutkan pengarah khidmat kesihatan dan pengarah kolej perubatan," kata Cik Banerjee kepada wartawa selepas mesyuarat tersebut.

"Vineet Goyal, pesuruhjaya polis Kolkata, juga akan dipecat, atas tuntutan doktor muda."

Beliau juga menggesa doktor untuk kembali bekerja, dengan mengatakan pembedahan kecemasan terjejas akibat mogok mereka.

Aniket Mahato, jurucakap kumpulan tunjuk perasaan Barisan Doktor Muda Bengal Barat, berkata bahawa mereka tidak akan berhenti mogok sehingga siasatan ke atas kes tersebut diselesaikan.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan