Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ketua Polis Filipina tawar letak jawatan 'bersihkan' perkhidmatan terpalit dadah

Anggaran Waktu Membaca:
MANILA: Ketua Polis Filipina, Jeneral Rodolfo Azurin Junior menyerahkan surat peletakan jawatan secara ihsan bagi memulakan "pembersihan" dalam pasukan polis, menurut laporan Manila Times pada Khamis (5 Jan)

Ratusan anggota polis berpangkat tinggi di Filipina diarah meletak jawatan sebagai langkah pemerintah untuk membersihkan pegawai dalam perkhidmatan itu yang terpalit dengan pengedaran dadah.

Menteri Dalam Negeri Benjamin Abalos Junior mengarahkan kesemua anggota polis berpangkat kolonel dan jeneral, membabitkan keseluruhan kira-kira 300 pegawai supaya 'ikhlas' meletakkan jawatan mereka.

Katanya, ia selepas siasatan mendapati segelintir anggota berkenaan terbabit dengan kegiatan dadah.

Imej pasukan polis negara tercemar pada Oktober lalu, apabila seorang Sarjan polis ditahan kerana mengedar dadah.

Selain itu, dia turut membantu menyembunyikan hampir satu tan methamphetamine di Manila.

Ia bukan kali pertama pendekatan seperti itu digunakan untuk membersihkan perkhidmatan polis Filipina.

Pada awal 1990-an, Mantan Presiden Fidel Ramos bertindak keras terhadap polis.

Beliau telah mengarahkan semua pegawai berusia lebih 56 tahun atau lebih 30 tahun dalam perkhidmatan, untuk meletak jawatan.
Sumber : AP/LL/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan