Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ketua Pentagon ikrar beri kerjasama dalam siasatan Trump

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Mark Esper berkata pada Ahad (13 Okt) Pentagon akan bekerjasama dengan siasatan pendakwaan Kongres, dalam apa yang dilihat sebagai bertentangan dengan dasar Presiden Donald Trump untuk menggagalkannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua Pentagon ikrar beri kerjasama dalam siasatan Trump

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Mark Esper. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 14 Oct 2019 05:14PM Dikemas Kini : 14 Oct 2019 05:16PM

WASHINGTON: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Mark Esper berkata pada Ahad (13 Okt) Pentagon akan bekerjasama dengan siasatan pendakwaan Kongres, dalam apa yang dilihat sebagai bertentangan dengan dasar Presiden Donald Trump untuk menggagalkannya.

Encik Esper berkata jabatannya akan cuba patuh dengan sepina daripada Kongres Democrat yang mahu mendapatkan rekod berkaitan penahanan bantuan ketenteraan AS kepada Ukraine.

“Kami akan melakukan segala-gala yang boleh untuk bekerjasama dengan Kongres,” kata Encik Esper dalam rancangan ‘Face The Nation’ terbitan CBS.

Beliau memberi jaminan itu beberapa hari selepas Rumah Putih mengumumkan ia enggan bekerjasama dengan Dewan Perwakilan diketuai Democrat, sambil menyifatkan siasatan pendakwaan tersebut sebagai tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan.

Democrat berusaha mendapatkan maklumat berkaitan Presiden Trump dengan mendesak rakan sejawatannya dari Ukraine untuk mendedahkan aib pencabar presiden 2020, Joe Biden, serta dakwaan menahan bantuan tentera bagi tujuan tersebut.

Democrat mengeluarkan sepina ke atas Pentagon dan Rumah Putih, menuntut dokumen mengaitkan Trump yang menahan bantuan hampir AS$400 juta (S$547 juta) diperlukan oleh Kiev dalam konflik dengan Rusia mengenai pendudukan Crimea pada 2014.

Encik Esper memberitahu ‘Fox News Sunday’, pegawai pentadbiran dan PresidenTrump sendiri mungkin meletakkan sekatan terhadap pengeluaran dokumen yang dituntut dalam sepina tersebut.

“Saya tidak tahu status penyediaan dokumen. Saya juga tidak tahu sekatan apa yang dilaksanakan di peringkat dalaman. Rumah Putih mempunyai kata putus terhadap pengeluaran dokumen,” kata Encik Esper.

Democrat memperoleh rentetan teks mesej antara diplomat Amerika yang menunjukkan usaha pentadbiran Encik Trump memberi tekanan kepada Ukraine supaya menyiasat Encik Biden dan anak lelakinya, Hunter, serta beberapa diplomat berkaitan dalam rangkaian mesej tersebut menyuarakan keprihatinan bahawa tindakan seumpama itu tidak wajar. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan