Ketua Pentagon bincang isu Iran, bantuan kemanusiaan Gaza bersama Menteri Pertahanan Israel
Anggaran Waktu Membaca:

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Lloyd Austin. (Gambar: Alex Wong/Getty Images North America/Getty Images via AFP)
WASHINGTON: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Lloyd Austin pada Khamis (18 Apr) bercakap dengan Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant untuk membincangkan tindakan Iran di Timur Tengah, ancaman serantau lain dan penghantaran kemanusiaan ke Gaza.
Demikian menurut kenyataan Pentagon.
Encik Austin membincangkan "pentingnya meningkatkan dan mengekalkan" jumlah bantuan kemanusiaan ke Gaza, termasuk laluan baharu melalui Pelabuhan Ashdod di Israel, tambah Pentagon.
Baru-baru ini, Israel membuka semula lintasan Erez ke utara Gaza dan membenarkan penggunaan pelabuhan Ashdod buat sementara.
Demikian selepas Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengancam untuk mengenakan sekatan ke atas Israel sekiranya ia tidak mengambil tindakan untuk memperbaiki krisis kemanusiaan di Gaza.
Israel berdepan gesaan pihak antarabangsa supaya melakukan lebih banyak untuk membantu penduduk Gaza, di mana hampir kesemua 2.3 penduduknya kehilangan tempat tinggal,dikepung dan berdepan masalah kebuluran.
Tentera Israel pada Rabu (17 Apr) bahawa trak bekalan makanan memasuki Carikan Gaza dari Pelabuhan Ashdod buat pertama kali sejak pemerintahnya membenarkan pelabuhan tersebut dibuka bagi tujuan penghantaran bantuan kemanusiaan.
Pentagon menyatakan Encik Austin dan Encik Gallant membincangkan tentang tindakan Iran yang menjejas kestabilan Timur Tengah.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.