Skip to main content

Dunia

Ketua Pengarah WHO bimbang 'tsunami kes' tercetus akibat varian-varian COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua Pengarah WHO bimbang 'tsunami kes' tercetus akibat varian-varian COVID-19

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus (Gambar: Fabrice Coffrini/AFP)

Diterbitkan : 30 Dec 2021 07:54AM Dikemas Kini : 30 Dec 2021 08:42AM

GENEVA: Varian Delta dan Omicron yang sedang merebak pada masa yang sama menyebabkan "tsunami kes baru", menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, semasa sidang media pada Rabu (29 Dis). 

"Delta dan Omicron kini sama-sama mengancam untuk melonjakkan jumlah kes COVID-19 ke rekod tertinggi, sekali gus menyebabkan kenaikan jumlah pesakit yang perlu dirawat di hospital serta kematian," kata Encik Tedros lagi. 

"Saya berasa sangat bimbang bahawa Omicron, yang senang berjangkit dan menular pada masa yang sama dengan Delta, sedang mencetuskan tsunami kes COVID-19." 

Encik Tedros menggesa sekali lagi negara-negara untuk berkongsi vaksin dengan lebih adil lagi dan memberi amaran bahawa dos penggalak di negara-negara lebih maju akan menghindar negara-negara kurang maju untuk mendapatkan suntikan dos secukupnya. 

Encik Tedros juga berkata WHO sedang mengadakan kempen untuk setiap negara mencapai sasaran 70 peratus penduduk sudah divaksin menjelang pertengahan 2022, yang akan menghentikan fasa akut pandemik ini. 

Malam Tahun Baru akan menandakan tahun kedua China memberi amaran kepada WHO tentang 27 kes "radang paru-paru akibat virus" yang tidak diketahui asalnya di bandar Wuhan. 

Lebih 281 juta orang merata dunia sudah dilaporkan dijangkiti koronavirus dan lebih lima juta nyawa sudah terkorban, menurut catatan Reuters.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita