Skip to main content

Dunia

Ketua Pengarah Kesihatan M'sia dedah gambarnya sebagai COO syarikat perlombongan palsu

Sebuah laman sesawang syarikat perlombongan telah menggunakan gambar Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO).

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua Pengarah Kesihatan M'sia dedah gambarnya sebagai COO syarikat perlombongan palsu

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 31 Aug 2020 11:39PM Dikemas Kini : 31 Aug 2020 11:42PM

KUALA LUMPUR: Sebuah laman sesawang syarikat perlombongan telah menggunakan gambar Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO).

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham menegaskan perkara itu adalah palsu dan nama yang tertera di bawah gambar beliau bukan dirinya dan laman sesawang syarikat itu turut memaparkan gambar dan nama beberapa individu dalam barisan pengurusannya.

“Untuk makluman umum, Syarikat Kashi Mining ada menggunakan gambar saya dalam laman sesawang mereka sebagai COO! Jelas ini adalah palsu,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, pada Isnin (31 Ogos).

Bagaimanapun, carian Bernama mendapati laman sesawang syarikat itu sudah tidak boleh diakses. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita