Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ketua pengakap Saudi ini bantu kanak-kanak hilang semasa musim haji

Anggaran Waktu Membaca:
MINA: Musim haji merupakan bukti semangat kesukarelawan, dengan individu seperti Dr Nasser bin Ali Al-Khalifi meluangkan masa untuk berkhidmat kepada jemaah selama 56 tahun.

Sebagai ketua pengakap terbilang, perjalanan Encik Al-Khalifi bermula dengan menjaga kanak-kanak yang hilang di kem dianjurkan oleh Persatuan Pengakap Arab Saudi, lapor Saudi Press Agency.

Dia kekal komited dalam misi tersebut selama beberapa tahun, sehingga tangunggjawab itu diserahkan kepada pengakap wanita, "yang lebih sesuai untuk berinteraksi dengan kanak-kanak," kata Encik Al-Khalifi.

Sebagai seorang yang berasal dari Makkah, dia menggunakan ilmu mengenai bandarnya ke arah kebaikan, dengan menjadi sukarelawan untuk membimbing jemaah.

Selama ini, Encik Khalifi memainkan peranan penting untuk menyatukan kanak-kanak yang hilang bersama keluarga mereka. Menurutnya, ia adalah pengalaman yang sangat memuaskan.

Menyaksikan kegembiraan yang luar biasa ketika ibu bapa berjumpa anak-anak mereka, atau perasaan tenang melihat kanak-kanak bermain bersama, membawa kepuasan yang besar buatnya.

Pusat penjagaan kanak-kanak menyediakan tempat selamat bagi kanak-kanak yang hilang, dengan menyediakan permainan, pakaian, makanan dan gula-gula.

Perjalanan Encik Al-Khalifi sebagai pengakap bermula pada usia yang muda, ketika dia bermula sebagai pengakap kanak-kanak, sehingga dia berada di universiti. Dia kemudian menjadi ketua pengakap.

Encik Al-Khalifi memainkan peranan penting dalam penggunaan teknologi, sambil memperkemaskan proses menyatukan semula kanak-kanak yang hilang dengan keluarga mereka.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan