Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ketua pengajar di madrasah direman dalam kes seksual terhadap pelajar tahfiz

Seorang ketua pengajar di sebuah madrasah di Bemban, direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar tahfiz berusia 14 tahun sejak setahun lepas.

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua pengajar di madrasah direman dalam kes seksual terhadap pelajar tahfiz

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 08 Oct 2019 04:51PM Dikemas Kini : 08 Oct 2019 04:52PM

JASIN: Seorang ketua pengajar di sebuah madrasah di Bemban, direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar tahfiz berusia 14 tahun sejak setahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Nor Yhazid Idris berkata suspek berusia 28 tahun ditahan reman sehingga Jumaat ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan. 

ACP Mohd Nor Yhazid berkata selain mangsa, suspek dipercayai turut melakukan perbuatan sama terhadap pelajar tahfiz lain di madrasah berkenaan. 

“Suspek bertugas secara bergilir-gilir dengan guru lain untuk menjaga asrama penginapan pelajar lelaki sebanyak dua kali seminggu dan berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu dengan meminta mangsa mengurutnya sebelum suspek bertindak mengurut mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini (8 Okt).

Menurut beliau, madrasah itu merupakan bangunan setingkat yang dijadikan sebagai tempat pembelajaran, solat serta penginapan asrama yang menempatkan kira-kira 31 pelajar tahfiz lelaki berusia antara tujuh dengan 17 tahun.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan