Ketua Penerangan UMNO cabar Dr Mahathir masuk gelanggang PRU15
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: astroAWANI
KUALA LUMPUR: Encik Shahril Hamdan melontarkan cabaran kepada Dr. Mahathir Mohamad untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekiranya bekas Perdana Menteri Malaysia itu berpendapat parti UMNO 'jahat' dan perlu ditewaskan.
Menurut Ketua Penerangan UMNO itu, UMNO berhak menawarkan diri sebagai parti yang menjanjikan kesetiaan dan kestabilan, justeru, Dr Mahathir tidak perlu mendakwa seolah-olah kesemua ahli parti itu bodoh atau kotor.
"Bebenang dan kenyataan panjang Dr Mahathir mencemuh UMNO mengecewakan tetapi tidak juga mengejutkan kerana pendedahan Presiden UMNO bahawa Dr Mahathir pernah memohon UMNO dibubarkan, menyerlahkan tahap kebencian beliau bukan lagi terhadap mana-mana individu dalam UMNO, malah terhadap parti UMNO itu sendiri. Walaupun akar umbi dan berjuta ahli UMNO tiada dosa terhadap Encik Mahathir.
"Jadi ini bukan lagi tentang mana-mana Presiden atau bekas Presiden atau mana-mana pemimpin UMNO. Sedangkan waktu Encik Mahathir berkuasa dan UMNO masih belum bangkit pada awal era PH (Pakatan Harapan), beliau masih hendak usahakan agar UMNO itu hapus tetapi hasrat itu tak kesampaian kerana istiqamah pemimpin dan ahli," kata Encik Shahril dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook beliau, hari ini (7 Sep), lapor astroAWANI.
Encik Shahril menulis kenyataan itu menyusuli kritik Encik Mahathir yang juga Pengerusi Pejuang terhadap UMNO dan menyeru agar parti terbesar orang Melayu itu ditolak sepenuhnya.
Pada Selasa, Ahli Parlimen Langkawi itu menyifatkan pemenjaraan bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO, Najib Tun Razak tidak akan 'mencuci' parti terbesar orang Melayu itu.
Dr Mahathir sebaliknya, mendakwa, pucuk pimpinan UMNO kini terkenal di seluruh negara kerana terbabit dengan rasuah dan UMNO terpalit dengan kes pencurian berbilion Ringgit wang negara, salah guna kuasa, merosakkan pentadbiran kerajaan dan menghancurkan parti itu sendiri.
Sehubungan itu, Dr Mahathir menggesa agar UMNO dikalahkan dan diganti dengan parti Melayu yang memegang kuat kepada prinsip perjuangan orang Melayu untuk bangsa, negara dan agama.
Menurut astroAWANI, encik Shahril yang juga Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri menyatakan bahawa Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri pertama yang beliau kenali dan beliau membesar ketika era pentadbirannya.
"Meskipun ada dasar dan pendekatan yang saya kurang setuju dengan selama 22 tahun ini, saya tidak nafikan beliau ada jasa kepada negara ini. Baik buruk, pasang surut, beliau antara Perdana Menteri yang paling meninggalkan kesan kepada Malaysia. Saya tidak akan nafikan itu.
"Tetapi ini tak bermaksud Dr Mahathir boleh cuba bubar, kemudian cemuh parti UMNO sesedap rasa tanpa kami membalas. Saya faham Dr Mahathir terkenal dengan lidah tajamnya baik di pentas tempatan atau antarabangsa.
"Tetapi harapan saya, selepas ini simpanlah sedikit kekasaran itu supaya tidak ditujukan sepenuhnya kepada institusi Dr Mahathir pernah menjadi pemimpin dan ahlinya walaupun keluar masuk keluar masuk. Mungkin di sebalik kejayaan hidup Dr Mahathir, ada juga saham dari institusi ini yang menyumbang," kata Encik Shahril lagi, seperti dinukil astroAWANI.

Sumber : Agensi berita/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.