Skip to main content

Dunia

Ketua Penerangan parti Bersatu di M'sia didakwa minta, terima rasuah projek Jana Wibawa

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan parti Bersatu, Wan Saiful Wan Jan didakwa di Mahkamah Sesyen pada Selasa (21 Feb) berhubung projek Jana Wibawa.

Berdasarkan semakan di mahkamah, pendakwaan ke atas Wan Saiful, 48 tahun, bermula pada 9.00 pagi.

Mengikut sumber, Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu yang juga bekas pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menghadapi dua tuduhan meminta dan menerima rasuah.

Wan Saiful didakwa bersama seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat.

Mereka ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Isnin malam selepas memberi keterangan berhubung kes projek Jana Wibawa.

Projek Jana Wibawa yang bernilai RM5.7 bilion (S$1.7 bilion) bertujuan membantu para kontraktor bumiputera semasa COVID-19.

Ia dikendalikan Kementerian Kewangan kerajaan pimpinan Encik Muhyiddin Yasin yang juga Presiden parti Bersatu.

Namun ada kontraktor yang dipilih, didakwa telah menyalurkan RM300 juta (S$90.5 juta) ke dalam akaun bank parti Bersatu.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita