Ketua pemuda UMNO gesa kerajaan haramkan pelawak Jocelyn Chia daripada masuk M'sia
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Fadza Ishak)
KUALA LUMPUR: Ketua pemuda UMNO Muhammad Akmal Saleh pada Jumaat (9 Jun) menggesa kerajaan Malaysia supaya mengharamkan pelawak Jocelyn Chia daripada memasuki Malaysia.
Ini selepas pelawak yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu membuat lawak tentang hubungan Singapura dengan Malaysia dalam persembahannya. Dia juga membuat rujukan kepada penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

MH370 adalah penerbangan penumpang antarabangsa dikendalikan oleh Malaysia Airlines yang berlepas dari Kuala Lumpur menuju Beijing pada Mac 2014 namun tidak mendarat dan hilang daripada imbasan radar.
Dalam catatan Facebooknya, Encik Akmal berkata kenyataan Chia menghina rakyat Malaysia dan anggota keluarga mangsa MH370.
"Kami menggesa kerajaan supaya melarang Jocelyn Chia daripada memasuki Malaysia," katanya selepas menyerahkan memorandum bantahan rasmi kepada Kedutaan AS di Malaysia pada Jumaat.
Encik Akmal berkata kehadirannya secara fizikal di kedutaan itu memberi mesej yang jelas bahawa parti politik itu tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan sesiapa yang cuba menghina negara itu.
"Kebebasan bersuara harus disertakan dengan adab dan pemikiran yang matang," tambah Encik Akmal.
Sekitar 100 wakil dari pemuda UMNO dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) dilihat berada di luar kedutaan itu pada Jumaat. UMNO dan MCA adalah parti komponen Barisan Nasional.
Ketika ucapan dasarnya pada Khamis (8 Jun) pada perhimpunan agung UMNO 2023, Encik Akmal berkata bahawa komen yang dikeluarkan oleh Chia terhadap Malaysia adalah "penghinaan yang tidak boleh diterima oleh pemuda UMNO dan semua rakyat Malaysia".
Encik Akmal menambah bahawa beliau sudah mengarahkan anggota majlis eksekutif pemuda UMNO untuk membuat laporan polis terhadap Chia.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.