Ketua Pemuda UMNO dakwa ditahan polis berkaitan isu jual stoking kalimah Allah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Akmal Saleh)
KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Muhamad Akmal Saleh mengesahkan dirinya ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Kota Kinabalu, Sabah, pada Jumaat (5 Apr).
Dalam catatan terbaharu di laman media sosialnya, Exco Kemajuan Desa, Pertanian, dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka itu berkata, beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
Berdasarkan video yang tular di media sosial, penahanan itu dilakukan sejurus beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Menurut catatan di Facebooknya, beliau dijadual memberi keterangan di IPD Dang Wangi pada Sabtu (6 Apr), lapor Astro Awani.
“Saya telah ditahan di IPD Kota Kinabalu pagi ini walaupun telah dijadualkan untuk memberi keterangan esok di IPD Dang Wangi.
"Insya-Allah, saya akan berikan kerjasama sepenuhnya. Doakan semuanya dipermudahkan. Tidak akan berganjak walau seinci dengan pendirian kita," katanya ringkas menerusi laman sosial itu.
Difahamkan, Encik Akmal mempunyai program di Kota Kinabalu sebelum penahanannya.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin menjadi sasaran banyak pihak susulan seruan memboikot rangkaian kedai serbaneka KK Mart yang terpalit kontroversi penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Sebelum ini, aktivis politik dari Sarawak dan Sabah mahu Encik Akmal dan empat yang lain dilarang memasuki kedua-dua negeri Borneo itu.
Dalam satu kenyataan bersama, Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA) dan Sabah Defenders of Ancestral Lands’ (MOPOT) menggesa Sarawak melarang beberapa individu daripada memasuki wilayah tersebut.
Menurut laporan Astro Awani, kedua-dua persatuan itu mendakwa, Encik Akmal menjadi dalang peningkatan ketegangan kaum dan agama, serta perselisihan sosial di Malaysia.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.