Ketua Pegawai Eksekutif Google beri amaran tiada syarikat selamat jika lonjakan AI merudum
Ketua eksekutif Alphabet, Sundar Pichai, pada Selasa (18 Nov) berkata tiada syarikat yang akan terselamat jika ledakan pelaburan kecerdasan buatan (AI) menjunam.
Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Ketua eksekutif Alphabet, Sundar Pichai, pada Selasa (18 Nov) berkata tiada syarikat yang akan terselamat jika ledakan pelaburan kecerdasan buatan (AI) menjunam.
Ini sedang penilaian yang melonjak dan perbelanjaan besar menimbulkan kebimbangan bahawa pelaburan tersebut mungkin akan jatuh nilai secara mendadak.
Encik Pichai memberitahu BBC bahawa gelombang pelaburan AI ketika ini merupakan satu “detik luar biasa” namun mengakui terdapat “unsur-unsur tidak rasional” dalam pasaran, mengulangi kebimbangan terhadap “keterujaan tidak rasional” pada era dotcom.
Ketika ditanya bagaimana Google akan menghadapi situasi sekiranya fenomena pelaburan tersebut merosot dengan mendadak, Encik Pichai berkata syarikat itu mampu bertahan namun menambah: “Saya fikir tiada syarikat yang kebal, termasuk kami.”
Saham Alphabet meningkat sekitar 46 peratus tahun ini dengan para pelabur yakin terhadap keupayaannya bersaing dengan OpenAI, pengeluar ChatGPT. Namun para penganalisis semakin mempersoalkan sama ada penilaian AI dapat dikekalkan.
RISIKO PASARAN DAN KEDUDUKAN GOOGLE
Di Amerika Syarikat, penilaian tinggi mula memberi tekanan kepada pasaran yang lebih luas, sementara penggubal dasar di Britain turut memberi amaran mengenai risiko penilaian yang tidak mampan.
Pada September, Alphabet berikrar untuk melabur £5 bilion (S$7.54 bilion) sepanjang dua tahun bagi infrastruktur dan penyelidikan AI di UK, yang merangkumi pusat data baharu serta pelaburan dalam makmal DeepMind yang berpangkalan di London.
Encik Pichai turut berkata bahawa Google akan mula melatih model-model di Britain, satu usaha yang diharap Perdana Menteri Keir Starmer dapat memacu matlamatnya untuk menjadikan UK “kuasa besar” AI ketiga dunia selepas Amerika Syarikat dan China.
Namun beliau memberi amaran mengenai keperluan tenaga AI yang “amat besar” dan berkata bahawa sasaran sifar bersih Alphabet akan ditangguhkan sedang syarikat itu menambah kapasiti pengkomputerannya.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.