Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ketua PBB sambut baik deklarasi China-AS pertingkat tindakan iklim

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Rabu (10 Nov) menyambut baik deklarasi bersama China-Amerika Syarikat mengenai usaha meningkatkan tindakan iklim di Sidang Perubahan Iklim Glasgow.

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua PBB sambut baik deklarasi China-AS pertingkat tindakan iklim

Gambar fail bendera kedua-dua negara Amerika Syarikat dan China. (Gambar: AFP/Ng Han Guan)

Diterbitkan : 11 Nov 2021 11:59AM Dikemas Kini : 11 Nov 2021 12:02PM

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Rabu (10 Nov) menyambut baik deklarasi bersama China-Amerika Syarikat mengenai usaha meningkatkan tindakan iklim di Sidang Perubahan Iklim Glasgow.

"Saya mengalu-alukan perjanjian hari ini antara China dengan Amerika Syarikat untuk bekerjasama bagi mengambil tindakan #ClimateAction dengan penuh iltizam pada dekad ini," lapor Agensi Berita Xinhua memetik catatan Twitter Encik Guterres.

"Menangani krisis iklim memerlukan kerjasama serta perpaduan antarabangsa dan ini adalah langkah penting di landasan yang betul."

China dan AS pada Rabu mengeluarkan Deklarasi Bersama Glasgow China-AS mengenai Meningkatkan Tindakan Iklim pada 2020-an dalam sesi Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim pada Sidang Perubahan Iklim PBB Sesi ke-26 (COP26).

Kedua-dua pihak berikrar untuk terus bekerjasama dan turut serta dengan semua pihak bagi mengukuhkan pelaksanaan Perjanjian Paris.

Kenyataan itu menyebut mereka bersetuju untuk menubuhkan kumpulan kerja bagi meningkatkan tindakan iklim pada 2020-an yang bertujuan menggalak kerjasama antara kedua-dua negara dan proses berbilang hala.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan