Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ketua PBB gesa 'semua pihak' lanjutkan tempoh perjanjian eksport bijirin Ukraine

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua PBB gesa 'semua pihak' lanjutkan tempoh perjanjian eksport bijirin Ukraine

(Gambar: Anna Moneymaker/Getty Images/AFP)

Diterbitkan : 29 Oct 2022 09:05PM Dikemas Kini : 29 Oct 2022 09:28PM

AMERIKA SYARIKAT: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Jumaat (28 Okt) menggesa "semua pihak" agar melanjutkan tempoh perjanjian eksport bijirin Ukraine sebelum ia tamat tempoh pada 19 November. 

Ini termasuk memudahkan penghantaran bijirin dan baja dari Rusia, kata jurucakap kepada Encik Guterres. 

Di bawah perjanjian melalui Laut Hitam, yang ditandatangani PBB pada Julai lalu, Ukraine, Rusia dan Turki membenarkan lebih sembilan juta tan bijirin untuk dieksport dari Ukraine.

Ini sekali gus meredakan krisis makanan sejagat yang tercetus akibat perang antara Rusia dengan Ukraine, meskipun ketidakpastian tentang sama ada perjanjian itu akan bertahan sudahpun menyebabkan harga meningkat. 

Perjanjian tersebut pada awalnya sah selama 120 hari, dengan pilihan untuk memperbaharui pada 19 November sekiranya "tiada bantahan daripada mana-mana pihak", kata jurucakap Encik Guterres, Stephane Dujarric pada Jumaat (28 Okt). 

PBB sedang berusaha untuk melanjutkan perjanjian itu sehingga setahun dan memudahkan pemeriksaan bersama kapal-kapal oleh para pegawai PBB, Turki, Rusia serta Ukraine. PBB baru-baru ini memberi amaran bahawa terdapat tunggakan yang melibatkan lebih 150 kapal, lapor Reuters. 

Mosko sebelum ini mengutuk perjanjian tersebut, mengadu bahawa eksportnya sendiri masih tersekat dan bekalan bijirin Ukraine yang dihantarkan ke negara-negara yang memerlukan masih belum mencukupi. 

Sumber : AGENCIES/AI/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan